Teori mengarut Segi Tiga Bermuda

Para penulis mengenai Segi Tiga banyak menggunakan teori kuasa ghaib untuk menjelaskan perkara yang terjadi. Satu teori menyalahkan peninggalan teknologi dari benua yang hilang iaitu Atlantis. Teori ini dikaitkan dengan batu timbul yang dikenali sebagai Jalan Bimini berdekatan dengan pulau Bimini di Bahamas, yang kebetulan terletak di dalam segi tiga mengikut pendapat sesetengah orang. Pengikut ahli psikik bernama Edgar Cayce mengatakan bukti kewujudan Atlantis ditemui pada tahun 1968 atau 1969 yang merujuk kepada penemuan Jalan Bimini. Mereka percaya kewujudan batu ini sebagai jalan, benteng atau struktur lain, walaupun ahli geologi menganggapnya sebagai satu fenomena semulajadi.[14]

Mereka yang lain pula mengaitkan kehilangan kapal dengan UFO. Idea ini digunakan oleh Steven Spielberg dalam filemnya Close Encounters of the Third Kind yang menggambarkan kehilangan Penerbangan 19 dengan penculikan makhluk asing.

Charles Berlitz, cucu kepada seorang ahli linguistik dan penulis buku fenomena beranomali, berpendapat kehilangan di Segi Tiga disebabkan oleh kuasa ghaib yang tidak dapat dijelaskan.

Rujukan

WikiPedia: Segi Tiga Bermuda http://www.monash.edu.au/pubs/monash-news/2003/bub... http://www.aquaexplorers.com/Bermuda_shipwrecks.ht... http://www.docksideconsultants.com/wavessup.html http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.graveyardoftheatlantic.com/Deering/CADe... http://www.scifi.com/trianglesecrets/ http://strangegr.tripod.com/strangeandparanormalac... http://www.physics.smu.edu/~pseudo/BermudaTriangle... http://woodshole.er.usgs.gov/project-pages/hydrate... http://woodshole.er.usgs.gov/project-pages/hydrate...